Media & Events

Events

Perlantikan Sekretariat ‘Melaka Industrial Booster’: Menyemai Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka ke Tahap Baharu

8 Mac 2024

Perlantikan Sekretariat ‘Melaka Industrial Booster’: Menyemai Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka ke Tahap Baharu.

Melaka, 8 Mac 2024 – Pagi ini, 29 Jabatan dan Agensi berkumpul untuk Majlis Perlantikan Sekretariat ‘Melaka Industrial Booster’ yang disampaikan oleh YB Datuk Khaidirah Binti Abu Zahar. Program ini merupakan inisiatif penting dalam usaha memajukan Negeri Melaka ke hadapan melalui pembangunan industri yang berterusan.

Para hadirin diingatkan bahawa ‘Melaka Industrial Booster’ bukan sekadar sebuah inisiatif, tetapi satu wujud komitmen untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia.

Strategi pelaksanaan ‘Melaka Industrial Booster’ telah dirangka dengan teliti dengan matlamat jelas untuk mengakselerasi pertumbuhan dan perkembangan sektor industri di Negeri Melaka. Ini akan dicapai melalui tumpuan yang kukuh dalam meningkatkan kemudahan pelaburan serta melalui pembentukan Sekretariat khas yang akan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak positif kepada Negeri Melaka.

Terdapat tiga aspek utama yang ingin ditekankan dalam pelaksanaan ‘Melaka Industrial Booster’:

  1. Memberi tumpuan proses pemajuan kepada pelaburan dalam industri-industri strategik.
  2. Memperkenalkan Sekretariat Melaka Industrial Booster.
  3. Memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam mencipta persekitaran yang mesra kepada pelabur.

 

Inisiatif ‘Melaka Industrial Booster’ turut menitikberatkan penambahbaikan proses pelan pemajuan bagi industri sedia ada, memastikan bahawa Melaka terus menjadi tempat yang menarik untuk pelaburan serta mempercepatkan proses permohonan pelan pemajuan kepada pihak berkuasa tempatan.

Sesi taklimat pada hari ini turut memberi fokus kepada perincian-perincian inisiatif yang dirangka dalam ‘Melaka Industrial Booster’, termasuk pengenalan projek Brief sebagai First Point of Contact, pemohonan pelan pemajuan secara serentak, kerjasama di antara jabatan dan agensi, penjelasan peraturan dan standard yang lebih jelas, serta peningkatan tempoh masa permajuan yang lebih pantas. Dengan penubuhan ini, kelulusan projek dijangka akan meningkat 30% daripada 35 projek kepada 45 projek dalam tempoh 30 hari berbanding proses pemajuan secara berasingan yang mengambil masa sehingga 180 hari. Seterusnya, proses permohonan kelulusan pelan pemajuan di peringkat PBT dapat dipercepatkan daripada 12 kepada 6 peringkat.

Dalam mengakhiri taklimat, diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam usaha memajukan Negeri Melaka. Semoga ‘Melaka Industrial Booster’ dapat menjadi pencapaian yang sebenar, membawa Negeri Melaka ke tahap baru kejayaan ekonomi dan industri.

Disediakan oleh
Invest Melaka Berhad

Resources

17 July 2026
MSIA Dialogue Highlights Strong Ecosystem as Key to Melaka’s Semiconductor Future
13 July 2026
Melaka Prepares for MSIA Dialogue and Semiconductor Strategy 2035
13 July 2026
Melaka TVET Carnival 2026 Launches to Drive Industry Growth and Future Careers
13 July 2026
German Firm FENECON Explores Investment in Melaka
8 July 2026
Melaka Logistics Network Expands with New Inland Port
8 July 2026
Green Infra and Halal Hub 2.0 Drive Melaka-Dutch Dialogue
GDP (2019 - 2024)