Mengadakan perbincangan bersama YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri bagi Sesi Persediaan MSIA Dialogue and Networking with the Chief Minister of Melaka yang dijadualkan berlangsung minggu ini.
Turut hadir ialah Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka; Mr Derrick Tanggapan, Pengarah Malaysian Investment Development Authority – MIDA Melaka; serta Mr Tay Kheng Chiong, Pengarah Urusan Dominant.
Perbincangan turut memberi fokus kepada persiapan Melaka Semiconductor Strategy 2035, sebagai langkah memperkukuh hala tuju pembangunan ekosistem semikonduktor serta menarik pelaburan berimpak tinggi di Negeri Melaka.