21 Januari 2025
Invest Melaka Berhad diwakili oleh YBhg. Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif turut sama-sama hadir bagi melihat transformasi kolam air panas semula jadi Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotsprings Wellness & Spa Resort di bawah inisiatif Perbadanan Melaka (MCORP) khususnya PM Project Centre Sdn Bhd, sebuah anak syarikat MCORP. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.
Majlis perasmian yang meriah dan bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka urut dihadiri oleh YB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB Datuk Wira Hj. Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Haji Arshad, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; YB Datuk VP Shanmugam,
EXCO Belia dan Sukan negeri merangkap ADUN Gadek; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.



